SUAREZ berharap rayuan dapat ketepi penggantungan kad merah diterimanya pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol.
SUAREZ berharap rayuan dapat ketepi penggantungan kad merah diterimanya pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol.
AFP

Barcelona: Luis Suarez berharap rayuan akan menyelamatkannya daripada terlepas aksi final Piala Raja Sepanyol selepas dia dibuang padang buat Barcelona pada separuh akhir kedua yang tegang menentang Atletico Madrid.

Suarez menyumbat gol Barcelona apabila tiga pemain dibuang padang ketika seri 1-1 awal pagi semalam yang memastikan tempat Barca ke final keempat berturut-turut menerusi agregat 3-2.

Bagaimanapun pemain Uruguay itu, yang dibuang padang buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun di Barca, mendakwa tindakannya menyiku Koke ketika aksi memasuki masa kecederaan bukannya satu kekasaran.

“Ia membuatkan saya ketawa kerana ia seperti beliau (pengadil) mahu melakukannya,” kata Suarez.

“Kami perlu melihat jika kami boleh merayu ia sebagai kad kuning kerana ia bukannya satu kekasaran, tapi kami sudah tahu bagaimana ia boleh berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 7:23 AM