PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama isteri, Datin Seri Lee Sun Low dan tetamu kenamaan melakukan Yee Sang  ketika hadir ke majlis rumah terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina di Menara MCA, Jalan Ampang. FOTO Mohd Yusni Ariffin

Garret Dawum

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA, di sini, hari ini.

Najib yang berpakaian merah dan Rosmah berpakaian ungu tiba di perkarangan Wisma MCA, pada 9.50 pagi.

Beliau disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Majlis turut dihadiri kira-kira 5,000 tetamu pelbagai kaum termasuk pelancong asing.

Najib dan Rosmah kemudian bersama beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) termasuk Liow dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menyaksikan kaligrafi Cina di atas pentas pentas.

Selain itu, kenamaan yang hadir turut sama menggaul salad ikan mentah yee sang, hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah yang membawa tuah.

Antara kenamaan lain yang hadir, Timbalan MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 1:42 PM