PM menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA hari ini. FOTO Khairull Azry Bidin
PM menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA hari ini. FOTO Khairull Azry Bidin
Oleh Ainul Fatihah Mansor


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA, di sini, sebentar tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menghadiri majlis itu yang diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Ketibaan Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid pada jam 9.50 pagi dengan berpakaian warna merah di perkarangan Wisma MCA itu disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid turut bersama beberapa pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Liow dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menggaul salad ikan mentah ‘yee sang,’ hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah yang membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shahbery Cheek; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Aziz Kaprawi serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 10:37 AM