Oleh Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan perjumpaan dengan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di bangunan Perdana Putra, di sini, pagi tadi.

Najib yang juga Pengerusi BN menghabiskan masa hampir dua jam bertemu pemimpin terbabit.

Antara yang hadir, Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pemangku Presiden MIC

Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lain.

Kereta pemimpin yang hadir ke perjumpaan berkenaan dilihat meninggalkan pekarangan Perdana Putra kira-kira jam 11.40 pagi.

Petugas media berkumpul di depan bangunan berkenaan sejak 10 pagi untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pertemuan itu

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Masing ketika ditemui media berkata, ia adalah pertemuan

biasa antara pemimpin parti komponen.

"Perjumpaan diadakan secara serentak dengan semua pemimpin. Dalam pertemuan itu Perdana Menteri meminta semua pemimpin parti memastikan parti kuat.

"Kami juga turut memaklumkan mengenai keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 2:26 PM