MBAPPE berhijrah ke Real Madrid pada musim baharu nanti. FOTO AFP
MBAPPE berhijrah ke Real Madrid pada musim baharu nanti. FOTO AFP
AFP

Madrid: Kylian Mbappe akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Real Madrid di Stadium Santiago-Bernabeu pada Selasa ini, umum kelab gergasi Sepanyol itu.

Pengesahan ini hadir kurang dari 24 jam selepas bekas bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan pasukan Perancis itu tersingkir dari Euro 2024 selepas tewas di tangan Sepanyol dalam aksi separuh akhir.

Mbappe, yang bakal memakai jersi nombor 9, akan diperkenalkan di Bernabeu dan disambut oleh Presiden Real, Florentino Perez, untuk menandatangani kontrak selama lima tahun, kata kelab itu, hari ini.

Kapten Perancis itu mengharungi kempen Euro 2024 yang mengecewakan selain negalami patang hidung dalam perlawanan pembukaan menentang Austria.

Dia juga terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan ketika paukannnya tewas 1-2 kepada Sepanyol.

Mbappe dijangka bermain perlawanan kompetitif pertamanya untuk juara Sepanyol dan Eropah itu apabila mereka memulakan misi mempertahankan kejuaraan La Liga menentang Real Mallorca pada bulan depan di Bernabeu.

Mbappe menyertai Real sebagai ejen bebas dengan gaji tahunan yang dilaporkan sebanyak 15 juta euro (RM76.3juta).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 11:20 PM