Pemandangan dari udara Sungai Kelantan di Kampung Tualang sudah melepasi sudah melepasi paras bahaya iaitu 25.74 meter. FOTO Fathil Asri
Pemandangan dari udara Sungai Kelantan di Kampung Tualang sudah melepasi sudah melepasi paras bahaya iaitu 25.74 meter. FOTO Fathil Asri
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menurun kepada 333 orang jam 3 petang berbanding 374 mangsa jam 12 tengah hari tadi.

Menurut portal eBanjir Kelantan, jumlah itu membabitkan 76 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Sebuah PPS di Pasir Puteh ditutup selepas 66 mangsa pulang ke rumah pada jam 2 petang tadi dan kini terdapat 44 mangsa di sebuah PPS.

Manakala, jumlah mangsa di Gua Musang paling tinggi iaitu 150 orang daripada 34 keluarga, diikuti Kuala Krai 139 mangsa membabitkan 34 keluarga.

Bacaan paras air sungai semakin menurun, namun tiga sungai masih melepasi paras bahaya Sungai Kelantan di Tangga Krai 25.77 meter (m), Jambatan Guillemard 16.09m dan Sungai Golok di Rantau Panjang 9.17m.

Lima jalan ditutup kepada semua kenderaaniaitu Jalan Gua Musang-Dabong di Gua Musang; Jalan Jirat, Jalan Bukit Sireh-Kampung Bedal-Kuala Nal dan Jalan Batu Lada di Kuala Krai serta Jalan Pengkalan Kubor-Jeram Perdah, Pasir Mas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 4:19 PM