Jambatan Kampung Kerinting merintasi Sungai Ketil yang tenggelam sejak jam 3 petang semalam semakin surut pagi ini. FOTO Ramli Ibrahim
Jambatan Kampung Kerinting merintasi Sungai Ketil yang tenggelam sejak jam 3 petang semalam semakin surut pagi ini. FOTO Ramli Ibrahim
Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 172 orang pagi ini berbanding 128 orang malam tadi.

Pertambahan 44 mangsa itu membabitkan daerah Gua Musang apabila PPS di Masjid Limau Kasturi dibuka pada 5 pagi tadi.

Jumlah itu membabitkan 39 keluarga yang ditempat di enam PPS di lima daerah.

Menurut portal eBanjir Kelantan, Pasir Puteh mencatat jumlah mangsa seramai 44 orang, diikuti Kota Bharu, 43 mangsa, Pasir Mas 27 orang dan Kuala Krai 14 mangsa.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya 9.22 meter (m) dan empat sungai melepasi paras amaran masing-masing Sungai Galas di Dabong 37.27m, Sungai Lebir Tualang 33.47m, Sungai Kelantan di Tangga Krai 24.44m dan Jambatan Guillemard 14.59m.

Manakala, sebanyak lapan jalan yang ditutup kepada kenderaan iaitu enam di Pasir Mas, satu di Gua Musang dan satu di Pasir Puteh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 10:58 AM