PENDUDUK Kampung Limau Purut membuat rakit sendiri untuk kegunaan ketika musim banjir, semalam. FOTO Syaherah Mustafa
PENDUDUK Kampung Limau Purut membuat rakit sendiri untuk kegunaan ketika musim banjir, semalam. FOTO Syaherah Mustafa
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di Kelantan meningkat kepada 983 orang sehingga 9 pagi ini berbanding 943 orang, 12 tengah malam tadi.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, semua 283 keluarga ditempatkan di 27 pusat pemindahan.

Setakat ini, Kuala Krai merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 483 orang, diikuti Tanah Merah (226), Pasir Mas (159), Machang (79) dan Jeli (36).

Dua sungai berada paras melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (16.9 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (10.19 m).

Sehingga kini dua jalan masih ditutup untuk kenderaan iaitu di Kilometer (KM) 6.6 Jalan Bukit Sireh-Kampung Bukit Sireh-Kampung Bedal-Kuala Nal, Kuala Krai dan KM 2.1 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh, Tanah Merah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 9:39 AM