Mohd Rosmili Awang, 49, dari Kampung Mesek yang lumpuh separuh badan, berehat di Pusat Pemindahan mangsa banjir di Madrasah Siti Fatimah, Kampung Mesek, Manek Urai Lama. FOTO FATHIL ASRI.
Mohd Rosmili Awang, 49, dari Kampung Mesek yang lumpuh separuh badan, berehat di Pusat Pemindahan mangsa banjir di Madrasah Siti Fatimah, Kampung Mesek, Manek Urai Lama. FOTO FATHIL ASRI.
Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kelantan terus berkurangan kepada 85 orang jam 12 tengah hari berbanding 140 orang jam 9 pagi tadi.

Menurut portal eBanjir Kelantan hanya dua PPS yang masih dibuka di Kuala Krai untuk menempatkan 20 keluarga.

Dua PPS itu adalah Madrasah Siti Fatimah di Kampung Mesek dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chai.

Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 9.36 meter.

Sementara itu, lima laluan masih ditutup iaitu dua di Kuala Krai (Jalan Batu Lada dan Jalan Bukit Sireh) dan masing-masing satu di Gua Musang (Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong), Pasir Mas (Jalan Pengkalan Kubor-Jeram Perdah) dan Tanah Merah (Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 1:14 PM