Hodak (kanan) bersama Bacina diharap mampu mengubah Pulau Pinang menjadi pasukan lebih kompetitif. FOTO BERNAMA
Hodak (kanan) bersama Bacina diharap mampu mengubah Pulau Pinang menjadi pasukan lebih kompetitif. FOTO BERNAMA
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Bekas ketua jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Bojan Hodak secara rasmi dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff dalam satu sidang media khas di Pejabat FAP, hari ini.

Bekas jurulatih JDT II, Nenad Bacina dilantik sebagai Pengurus FAP menggantikan Azizudin Mohd Shariff yang meletak jawatan pada 19 Mei lalu.

Nazir Ariff berkata, perlantikan Bojan dan Nenad diharap mampu mengubah kedudukan pasukan Harimau Kumbang agar lebih cemerlang dan kekal dalam saingan Liga Super.

"Saya berterima kasih kepada Azizudin dan pembantu jurulatih, Manzoor Azwira di atas segala usaha dan kerjasama yang dilakukan selama ini," katanya sebentar tadi.

Selepas 12 perlawanan Pulau Pinang menduduki tangga tercorot Liga Super apabila mencatat satu kemenangan, empat seri dan tujuh kali tewas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 6:25 PM