PENDUDUK di satu kawasan di Pattani berpindah ke tempat lebih selamat selepas kediaman mereka tenggelam akibat banjir.
PENDUDUK di satu kawasan di Pattani berpindah ke tempat lebih selamat selepas kediaman mereka tenggelam akibat banjir.

Yala: Banjir di wilayah selatan Thai ini dilapor semakin surut dengan hanya dua daerah saja masih ditenggelami air, semalam.

Menurut pihak berkuasa, sebelum ini bah menjejaskan kekehidupan 97,000 penduduk di lapan daerah dan memaksa 40 sekolah di seluruh Yala ditutup.

Tiga orang terbunuh dalam bencana itu yang bermula 17 Disember lalu sementara dua lagi cedera.

Banjir yang berpunca daripada hujan lebat itu turut memusnahkan 37 rumah, tiga hospital desa, 27 sekolah, empat masjid dan 20 kilometer persegi tanah pertanian.

Menurut Jabatan Meteorologi angin tekanan tinggi dari China semakin lemah menyebabkan monsun timur laut kurang membawa hujan ke kawasan selatan negara itu.

Ia memberi amaran, suhu tekanan tinggi akan mempengaruhi cuaca di kawasan itu bermula esok hingga Rabu depan, dan kemungkinan menyebabkan selatan Thai dilanda hujan lebat sekali lagi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Chan-o-cha melawat mangsa banjir di daerah Tak Bai, Narathiwat, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 9:41 PM