Hefny Sahad bersama isterinya, Nur Atiqah.
Hefny Sahad bersama isterinya, Nur Atiqah.

Kuala Lumpur: Penyampai radio, Hefny Sahad selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Nur Atiqah pada jam 5.39 petang, semalam.

Dengan sekali lafaz pasangan itu disatukan di sebuah hotel, di sini. 

Berita pernikahan pasangan itu dikongsikan di Instagram rasmi stesen radio Sinar FM.

"Alhamdulillah penyampai radio Sinar FM, Hefny Sahad selamat bernikah bersama pasangan pilihannya Nur Atiqah.

"Tepat jam 5.39 petang, mereka sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

"Majlis pernikahan itu dihadiri oleh tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat," katanya.

Pada majlis itu Hefny menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 11:25 AM