PESAWAT yang dilaporkan hilang dari radar. FOTO ihsan Sky News
PESAWAT yang dilaporkan hilang dari radar. FOTO ihsan Sky News


Moscow (Russia): Pesawat tentera yang membawa 92 penumpang termasuk kumpulan koir Red Army Choir terhempas di Laut Hitam ketika menuju ke Syria pada 10.30 pagi tadi (waktu Malaysia).

Menurut Kementerian Pertahanan Russia (RDM), satu pesawat jenis TU-154 hilang dari radar pada 10.25 pagi selepas dua minit berlepas dari Adler untuk berhenti mengisi minyak.

Difahamkan, tiada seorang pun daripada penumpang terselamat dalam nahas terbabit.

Sumber RDM berkata, kesemua penumpang dipercayai maut disamping tiada rakit keselamatan ditemui.

Menurut laporan media Interfax, pesawat terbabit tidak menghantar sebarang isyarat SOS kepada menara kawalan.

Jeneral Major, Igor Konashenkov berkata, pesawat reka bentuk era-Soviet itu diperkenalkan pada 1970-an, membawa 84 penumpang dan lapan kru.

“Sekurang-kurangnya 60 penumpang adalah anggota kumpulan Red Army Choir, sembilan wartawan Russia dan selebihnya anggota tentera,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2016 @ 6:31 PM