AFP

Moscow: Sebuah pesawat membawa 28 orang di Timur Jauh Rusia, dilaporkan terputus hubungan, pada Selasa.

Pesawat An-26 itu dalam perjalanan dari Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana di Semenanjung Kamchatka .

Ia dipercayai tidak membuat panggilan pada waktu dijadualkan, lapor agensi-agensi berita Rusia, Interfax, RIA Novosti dan TASS.

Laporan itu menyatakan daripada 28 orang, enam adalah kru, manakala bakinya adalah penumpang termasuk seorang atau dua orang kanak-kanak.

Terdapat beberapa laporan bercanggah mengenai insiden, dengan satu sumber memberitahu TASS bahawa pesawat mungkin terhempas di laut.

Sumber lain memberitahu Interfax bahawa ia terhempas berhampiran dengan lombong arang batu berhampiran dengan bandar Palana.

Operasi pencarian sudah dilancarkan dengan membabitkan dua helikopter dan pasukan penyelamat kini bersiap sedia, menurut laporan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 2:24 PM