FOTO fail pada 1 Januari 2023 menunjukkan pesawat pejuang milik Ukraine MIG-29 di timur negara itu. FOTO AFP
FOTO fail pada 1 Januari 2023 menunjukkan pesawat pejuang milik Ukraine MIG-29 di timur negara itu. FOTO AFP
AFP

Kyiv: Ukraine semalam berkata tiga juruterbang tentera udaranya termasuk seorang juruterbang jet pejuang terkenal dengan panggilan 'Juice' terbunuh dalam nahas udara, Jumaat lalu.

Nahas itu menandakan kekecewaan besar bagi Kyiv, yang mencari cara untuk mendapatkan jet F-16 canggih untuk mengukuhkan tentera udara era-Soviet dan meneruskan serangan balasnya.

"Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Ini adalah kehilangan yang menyakitkan dan tidak boleh diperbaiki bagi kami semua," kata tentera udara Ukraine, sambil menyifatkan nahas itu mengerikan.

Nahas itu berlaku di wilayah Zhytomyr di utara Ukraine dan membabitkan dua pesawat latihan tempur L-39, katanya.

Siasatan sedang dijalankan berhubung nahas berkenaan.

Jurucakap tentera udara, Yuriy Ignat berkata, seorang daripada juruterbang yang terbunuh Mejar Andrii Pilshchykov atau tanda panggilannya 'Juice', adalah seorang pegawai muda mempunyai pengetahuan dan berbakat besar.

"Mejar Andrii Pilshchykov menumpukan kehidupannya yang singkat tetapi sangat cerah untuk peperangan di udara, dia mengimpikan (mengendalikan) F-16 di langit Ukraine.

"Anda lebih daripada seorang kawan. Rehat dengan tenang, anda melakukan banyak perkara untuk kami," katanya dalam satu hantaran di media sosial yang dikongsikan sebagai tanda penghormatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2023 @ 10:33 AM