PINTU gerabak kereta api bawah tanah yang rosak akibat letupan. FOTO EPA/megapolisonline.ru
PINTU gerabak kereta api bawah tanah yang rosak akibat letupan. FOTO EPA/megapolisonline.ru
KERETA api bawah tanah stesen Institut Tekhnologichesky yang rosak akibat letupan dalam gerabak. FOTO AP
KERETA api bawah tanah stesen Institut Tekhnologichesky yang rosak akibat letupan dalam gerabak. FOTO AP
Reuters

Moscow (Russia): Pengebom berani mati bertanggungjawab bagi letupan maut di kereta api Metro di St Petersburg pada Isnin, sumber polis memetik siasatan awal memberitahu Interfax.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa sudah mengenal pasti identiti suspek yang berasal dari Asia tengah dan membawa alat letupan di St Petersburg dalam beg galas.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang dirakam kamera pengawasan dan pada mulanya suspek kejadian itu sudah berhubung polis dan menafikan dia terbabit, kata Interfax.

Agensi berita Russia turut melaporkan Presiden Vladimir Putin bertemu dengan anggota keselamatan berhubung kejadian ini dan meletakkan bunga di stesen kereta api terbabit.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 50 lagi cedera, termasuk kanak-kanak, akibat dua letupan bom paku dalam gerabak kereta api bawah tanah di dua lokasi termasuk Stesen Sennaya Ploshchad.

Berita berkaitan:

10 korban bom paku

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2017 @ 6:30 AM