PETUGAS penyelamat tiba untuk mencari dan menyelamat mangsa di kawasan pesawat tentera Filipina C-130 terhempas. FOTO Pasukan Petugas Bersama-Sulu/ AFP.
PETUGAS penyelamat tiba untuk mencari dan menyelamat mangsa di kawasan pesawat tentera Filipina C-130 terhempas. FOTO Pasukan Petugas Bersama-Sulu/ AFP.
BERNAMA

Cotabato: Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera, lapor Sputnik, menurut ABS CBN yang memetik jurucakap Tentera Filipina.

Jeneral Edgard Arevalo pada Isnin berkata, pihak berkuasa telah menemui lima lagi mayat yang menjadikan jumlah korban terkini seramai 50.

Korban termasuk 47 anggota tentera dan tiga orang awam.

Mangsa yang cedera pula adalah 49 anggota tentera dan empat orang awam, kata Arevalo.

Terdahulu, laporan menyatakan 45 penumpang terkorban, manakala 42 yang lain terselamat.

Terdapat lebih 80 penumpang di dalam pesawat C-130 ketika ia terhempas di Pulau Jolo pada Ahad, ketika cuba mendarat dan terbabas dari landasan.

Menurut Arevalo, tentera Filipina telah menggantung sementara penerbangan pesawat C-130.

Berita berkaitan

  • 17 maut, pesawat tentera Filipina terhempas [METROTV]
  • Angka korban nahas pesawat tentera Filipina cecah 45 orang
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 12:57 PM