Mangsa maut dipercayai terkena bilaj sabit di Bagan Serai. FOTO TULAR
Mangsa maut dipercayai terkena bilaj sabit di Bagan Serai. FOTO TULAR
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Seorang pesawah ditemui maut dipercayai akibat pisau pengait kelapa sawit menembusi bahagian belakang tubuhnya di Parit Sulaiman di sini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusof, berkata, dalam kejadian sekitar jam 6.58 petang semalam, mangsa dikatakan sedang membawa galah sawit untuk mengait tandan kelapa sawit.

Bagaimanapun mangsa berusia 44 tahun yang menaiki motosikal dikatakan terbabas dan menyebabkan galah sawit yang dibawa terpelanting dan mengenai mangsa.

"Pisau pengait berkenaan dikatakan menusuk belakang badan mangsa. Kejadian itu disedari dua orang awam yang melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam parit.

"Petugas perubatan dan ambulans yang tiba mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya lagi kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 3:31 PM