IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Bintulu: Sepuluh keluarga terdiri daripada 35 orang hilang tempat tinggal selepas rumah yang dijadikan bilik sewa mereka di kawasan setinggan Taman Bukit Orang, di sini, musnah dalam kebakaran.

Kejadian dipercayai bermula di tingkat bawah sebelum merebak dan memusnah keseluruhan struktur rumah itu, pada 9.20 pagi ini.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba, Mohd Ishak Amran, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, semua mangsa berusia antara lapan hingga 43 tahun itu berjaya menyelamatkan diri bersama barangan berharga termasuk motosikal.

"Api yang marak menyebabkan rumah yang dijadikan 10 bilik sewa itu musnah keseluruhannya kerana struktur dibina menggunakan kayu.

"Semua mangsa tidak mengalami kecederaan dan akan tinggal sementara di rumah saudara terdekat sekitar Bintulu. Bomba masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2016 @ 2:16 PM