PEMAIN Malaysia Cougar, Alias Alan (kiri) cuba melepasi pemain Bangladesh, Atif Khan pada perlawanan peringkat kumpulan. FOTO Osman Adnan
PEMAIN Malaysia Cougar, Alias Alan (kiri) cuba melepasi pemain Bangladesh, Atif Khan pada perlawanan peringkat kumpulan. FOTO Osman Adnan
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Skuad utama Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Malaysia Cougars bawah 14 tahun (B-14) membuka kempen saingan Piala Supermokh 2016 dengan langkah kanan apabila mengalahkan Bangladesh B-14 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C, hari ini.

Aksi di padang D Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil itu menyaksikan anak buah Lim Teong Kim dipaksa berkerjas keras sepanjang perlawanan dan hanya menemui jaring lawan pada minit ke-55 menerusi sepakan percuma ketua pasukan, Mohammad Alias.

Esok, Malaysia Cougars akan meneruskan aksi menentang kelab Jepun, Kawasaki Frontale di venue sama pada 9 pagi.

Sementara itu, dalam aksi kumpulan B, juara bertahan Manchester City (England) tewas kepada wakil dari Korea Selatan, FC Seoul menerusi keputusan 1-4 manakala Buriram United (Thailand) membelasah satu lagi pasukan negara, Malaysia Cougars B-13 dengan 5-0.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 7:04 PM