PEMAIN Malaysia Cougars, Muhammad Raimi Shamsuk (kiri) diasak pemain Sporting Lisbon pada aksi final. FOTO Owee Ah Chun
PEMAIN Malaysia Cougars, Muhammad Raimi Shamsuk (kiri) diasak pemain Sporting Lisbon pada aksi final. FOTO Owee Ah Chun
Aziman Rosdi

 

Bukit Jalil: Skuad bola sepak bawah 14 (B-14) Malaysia di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) muncul juara Piala Supermokh 2016 selepas mengalahkan wakil dari Portugal, Sporting CP B-14 1-0 pada final di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Penyerang Luqman Hakim Shamsudin muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk memastikan tuan rumah memahat nama selaku juara buat kali pertama bagi kategori B-14 selepas tiga edisi.

Lebih manis ini kali kedua skuad kendalian Lim Teong Kim yang digelar Malaysia Cougars itu mengalahkan Sporting CP pada final selepas mereka membuat perhitungan dalam Piala Iber Costa Costa del Sol di Sepanyol tahun lalu dengan kemenangan 2-1.

Bagaimanapun Sporting CP menebus kehampaan dengan memenangi kategori B-12 dengan mengalahkan Gimpo JIJ FC dari Korea Selatan 2-0 dalam satu lagi perlawanan akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2016 @ 7:22 PM