Amirul Haswendy Ashari


PELAWAK Harith Iskander dinobatkan sebagai manusia paling lucu di dunia pada Pertandingan Manusia Paling Lucu di Dunia, di Levi, Finland, hari ini.

Dia menewaskan empat finalis lain Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana (Greece), Mino van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).

"Congratulation @HarithIskander - #LaughFactory's Funniest Person in the World for 2016 (Tahniah Harith Iskander - Manusia Paling Lucu di Dunia #LaughFactory)", tulis penganjur Laugh Factory dalam laman rasmi Twitter mereka.

Sebagai pemenang, Harith menerima hadiah utama berjumlah RM444,845 (USD100,000).

Pertandingan Manusia Paling Lucu di Dunia anjuran Laugh Factory, sebuah rangkaian komedi sedunia yang berpusat di Amerika Syarikat.

Harith dan pelawak lain membuat persembahan 'stand-up comedy' di pertandingan akhir di Arena Hullu Polo di Levi, Finland, Khamis lalu.

Pemenang dipilih berdasarkan undian dalam talian yang dibuka 24 jam selepas pertandingan akhir.

Dia mengalahkan 88 peserta dari seluruh dunia termasuk seorang lagi wakil Malaysia, Dr Jason Leong untuk sampai ke peringkat akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2016 @ 5:26 PM