FOTO Fariz Iswadi Ismail
FOTO Fariz Iswadi Ismail
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Lebih 1,200 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim dan asnaf menyertai program Sunathon di Masjid Putra, di sini, hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan kanak-kanak itu, termasuk 60 peserta dari Pulau Manis, Pekan yang dibawa khas ke program ini.

"Jika dahulu, berkhatan dilakukan tok mudim yang sesetengah daripada kita mengalaminya dan menjadi pengalaman menakutkan.

“Namun, menggunakan kaedah moden ini iaitu `clamp’ hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit,” kata Najib.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Pusat Khidmat Masyarakat Putrajaya dan Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM).

Selain itu, Najib berkata, rakyat diminta mengambil tahu dan menghayati ilmu perubatan moden bagi membolehkan sesuatu penyakit dapat dicegah atau diubati.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 12:36 PM