PEMAIN  TABS Safa Bandaraya (duduk depan) bergambar kenangan dengan pemain Akademi Bukit Garam.
PEMAIN TABS Safa Bandaraya (duduk depan) bergambar kenangan dengan pemain Akademi Bukit Garam.

Kota Kinabalu: TABS Safa Bandaraya B-15 tahun mengatasi Akademi Bukit Garam B-16 tahun 2-0 pada perlawanan bola sepak persahabatan di Padang C Kompleks Sukan Likas, baru-baru ini.

Gol-gol dijaringkan Mohd Mifzal Madlan dan Ramli Jamrih.

Dalam satu lagi perlawanan persahabatan B-12 tahun, TABS Safa Bandaraya juga berjaya menewaskan pelawat itu 3-2.

Perlawanan itu sempena Program Perlawanan Persahabatan Akademi Bukit Garam yang diterajui bekas pemain Sabah, Omar Maya ke bandaraya Kota Kinabalu.

Ketua jurulatih TABS Safa Bandaraya, Matasan Ahmad berkata, perlawanan itu memberi pendedahan berguna kepada pemain kedua-dua pasukan.

Katanya, pasukan itu juga akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan selepas ini dengan pasukan dari luar Kota Kinabalu.

Beliau memberitahu TABS Safa Bandaraya akan mengalami perubahan kepimpinan bagi meningkatkan lagi penggendalian program pembangunan bola sepak mulai sekarang.

Katanya, TABS akan membantu Safa Bandaraya melahirkan pemain remaja berpotensi untuk bekalan skuad negeri pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 7:20 AM