KEADAAN motosikal mangsa. FOTO Muhamad Izzat Nasuruden
KEADAAN motosikal mangsa. FOTO Muhamad Izzat Nasuruden
Muhamad Izzat Nasuruden


Teluk Intan: Lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggani merempuh belakang lori tangki yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 48, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa, Adnan Abd Aziz, 65, maut di tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke Teluk Intan.

"Mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dikatakan terlanggar belakang lori tangki yang diletakkan di bahu jalan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Hassan berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 7:34 PM