Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak Selangor dan negara Datuk Santokh Singh (gambar kecil) mencabar anak buah kendalian K Gunalan mempertahankan Piala Malaysia itu buat musim kedua berturut-turut apabila pasukan kesayangannya itu bakal berentap dengan Kedah di pentas final di Stadium Shah Alam, 30 Oktober ini.

Cabaran Santokh itu sememangnya tepat pada masanya susulan aksi tidak menentu pasukan yang menyaksikan Red Giants terlepas mendakap tiga trofi lain iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala AFC musim ini.

Malah, aksi ‘sumbang’ Selangor sepanjang musim ini juga didorong dengan pelbagai isu dalaman yang membabitkan pemain dan pegawai pasukan itu hingga mengundang kepada aksi tidak konsisten pasukan.

“Ini peluang pasukan untuk menebus aib mereka musim ini selepas gagal menyerlah dalam liga dan kejohanan lain. Pada mulanya memang saya kecewa di atas persembahan pasukan selain pelbagai isu dalaman.

“Daripada masalah pemain bergaduh sesama sendiri sebelum melarat kepada pemecatan Zainal Abidin Hassan, semuanya seperti tidak menjadi buat Selangor musim ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2016 @ 7:04 AM