GUNALAN (kiri) memberi arahan kepada pemain Selangor.
GUNALAN (kiri) memberi arahan kepada pemain Selangor.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Pengendali sementara Selangor K Gunalan pastinya lebih fokus selepas ini apabila disahkan akan terus mengendalikan pasukan itu sehingga penghujung musim ini.

Menurut pengurus pasukan, Amirudin Shari, pihaknya amat berpuas hati dengan pencapaian dan perubahan dilakukan Gunalan selepas mengambil alih pasukan daripada bekas pengendali Zainal Abidin Hassan yang dipecat pada 7 Ogos lalu.

Keputusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu didorong dengan kejayaan Selangor meraih dua kemenangan berturut-turut dalam kempen Piala Malaysia apabila membenam Pahang (3-0) dan Kelantan (4-1) sebelum ini, selain keputusan seri 1-1 ketika berdepan Terengganu dalam saingan Liga Super Selasa lalu.

“Gunalan akan terus mengendalikan pasukan sehingga penghujung musim kerana kami menganggap keputusan mengekalkan Gunalan keputusan terbaik buat masa ini.

“Lagipun, beliau sudah menjalankan tugas dengan cukup cemerlang apabila berjaya membawa perubahan terutama daripada sudut taktikal dan corak permainan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 5:24 AM