BUNYAMIN (dua dari kanan), Olivi (dua dari kiri) bakal beraksi malam ini.
BUNYAMIN (dua dari kanan), Olivi (dua dari kiri) bakal beraksi malam ini.
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Jurulatih sementara Selangor K Gunalan (gambar kecil) percaya insiden pergaduhan sesama sendiri pemain, baru-baru ini tidak mengganggu fokus mereka bagi menghadapi PKNS FC dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kem Red Giants dilaporkan bergolak dengan kontroversi pergaduhan pemain pertahanan Ugo Ukah dan Bunyamin Omar ketika perlawanan Liga Super dengan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, Rabu lalu.

Akibat insiden itu, Ukah dilayangkan kad merah manakala Bunyamin mengalami kecederaan kecil di kepala.

Bagaimanapun, Gunalan menegaskan, masalah itu sudah berlalu dan beliau bersedia menurunkan kedua-dua pemain terbabit dalam aksi menentang PKNS.

“Ukah tidak digantung perlawanan untuk Piala Malaysia jadi ini satu berita baik buat kami. Dia dan Bunyamin sudah melupakan segala perbalahan dan mahu kembali fokus kepada pasukan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 5:31 AM