KFC Malaysia menggondol lapan anugerah, manakala Pizza Hut Malaysia membawa pulang enam anugerah selepas mengharungi cabaran dalam pertandi-ngan Regional Champs Challenge 2014 (RCC) anjuran Yum! Brands, Inc (Yum!) yang berlangsung pada 19 November lalu.

RCC adalah acara terbesar bagi KFC dan Pizza Hut iaitu dua francais terbesar Yum!

Acara ini diadakan setiap tahun dan setiap negara di rantau Asia Pasifik akan dipilih secara bergilir-gilir untuk menjadi tuan rumah. Pada tahun ini sekali lagi Malaysia dipilih menjadi tuan rumah acara gilang-gemilang ini yang diadakan di Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort di Tuaran, Sabah.

Selain Malaysia seba-nyak 13 negara mengambil bahagian antaranya Filipina, Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia, Brunei, Kemboja, Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong.

KFC Malaysia membawa pulang lapan anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Tukang Masak Terpantas, Layanan Pelanggan Terbanyak, Pengambil Pesanan Paling Tepat, Juruwang Terbaik, Tukang Masak Terbaik, Pengurus Terbaik, Customer Mania serta Champs Cheer terbaik.

KFC Malaysia berbang-ga dengan kejayaan pasukan mereka yang disertai Razlan Mahmud, Muhammad Khairulrizam Achmad, Razzi Muhidin, Mohd Nizam Abdul Samat, Mohd Jubir Abu Bakar, Mahathir dan Mohd Azhar. Mereka diketuai jurulatih pasukan, Nadhirah Sin Yan Yan.

Bagi pasukan Pizza Hut Malaysia, peserta yang bertanding adalah Mohd Fadzil Alwi, Meor Muhammad Fakhrulrazzi, Mohd Sharul Izzudin Mohd Ali, Mohammad Fitri Ishak, Adhar Baharuddin, Christianus Henry dan Nurnabilla Mokhsin dengan diketuai jurulatih pasukan, Roslinda Ahmad Peraal.

Pasukan Pizza Hut bersaing dengan enam pasukan lain dari Indonesia, Jepun, Singapura, Hong Kong, Filipina dan Taiwan. Pizza Hut Malaysia memenangi enam anugerah daripada Champs Cheer, Perkhidmatan Terpantas, Hospitaliti Terbaik, Wakil Perkhidmatan Pelanggan Terbaik, Best Back of House dan Best Rider.

Cabaran RCC ini adalah mini Olimpik yang bertujuan untuk mencari pasukan KFC dan Pizza Hut yang bersungguh-sungguh dalam memberikan 101 peratus kepuasan untuk pelanggan. Acara ini bertujuan memperkukuhkan taraf perkhidmatan yang berkualiti tinggi di KFC dan Pizza Hut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 5:00 AM