HONDA CB350RS imbau zaman retro sesuai untuk perjalanan jauh.
HONDA CB350RS imbau zaman retro sesuai untuk perjalanan jauh.
Lizam Ridzuan


Tampil dengan ciri rekaan klasik moden, Boon Siew Honda memperkenalkan model Honda CB530RS ke dalam pasaran tempatan.

Seakan mengimbau zaman retro, motosikal ini bukan sahaja sesuai untuk tunggangan harian, malah sekali-sekala ingin melakukan perjalanan jauh juga sesuai.

Ia dikuasakan dengan enjin 348cc, sejukan udara empat lejang OHC silinder tunggal uang menjana 20.8 kuasa kuda (hp) pada 5,500rpm dan tork 30Nm pada 3,000 rpm.

Untuk sistem bahan api dengan PGM-Fi serta tangki kapasiti 15 liter.

Sistem ini menggunakan pengesan 'on-board' bagi penggunaan bahan api lebih optimum berdasarkan keadaan permukaan dan corak tunggangan.

Ia bagi memastikan kecekapan pembakaran dan juga membantu pengurangan pelepasan emisi karbon dan silinder off-set bagi mengurangkan geseran gelongsor dan rod penyambung untuk memastikan tiada kehilangan tenaga mininum semasa pembakaran.

Jentera ini dengan lampu hadapan LED berbentuk bulat dan rekaan unik pada bingkai serta kerangka 'semi-double cradle' bagi keseimbangan fleksibel menyeluruh kepada keluli terutama ketika menunggang pada pelbagai permukaan jalan dan kelajuan.

METER analog dan digital.
METER analog dan digital.

PELANA selesa.
PELANA selesa.

ENJIN 400cc silinder tunggal.
ENJIN 400cc silinder tunggal.

Meskipun dengan gaya klasik namun ia didatangkan ciri moden seperti pada meter digital dan analog yang memaparkan kawalan cengkaman, ABS, indikasi tongkat sisi dan enjin, gear, voltan bateri purata penggunaan bahan api dan jarak ke tangki habis.

Ia juga dilengkapi ciri keselematan terkini seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dengan Kawalan Tork Bolehpilih Honda (HSTC).

Fungsinya untuk agihan sistem tork pintar bagi mengesan kelajuan putaran roda hadapan dan belakang untuk kiraan nisbah gelinciran dan mengawal tork pada enjin menerusi suntikan bahan api dan ia boleh dinyahaktifkan pada butang suis pada kiri meter.

Untuk kelancaran tunggangan dan tukaran gear ia didatangkan dengan ciri Assist dan Slipper dan transmisi klac manual 5 kelajuan.

Jentera ini seberat 178 kilogram (kg), dengan jarak permukaan jalan 168 milimeter (mm) dan ketinggian pelana 800 mm serta jarak antara roda 1,441 mm.

Posisi menunggang santai menjadikan ia sesuai untuk pelbagai jenis permukaan jalan dan gaya dengan roda hadapan 19 inci hadapan dan belakang 17 inci.

Terdapat dua pilihan warna Mat Massive Gray Metallic dan Athletic Blue Metallic dan untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga RM20,500 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2024 @ 7:01 AM