KFC membawakan semula hidangan Popcorn Chicken atas permintaan ramai. FOTO emel
KFC membawakan semula hidangan Popcorn Chicken atas permintaan ramai. FOTO emel
Sofyan Rizal Ishak


KFC Malaysia membawakan kembali hidangan ikoniknya iaitu Popcorn Chicken yang ditawarkan dalam perisa Hot & Spicy atas permintaan orang ramai.

Hidangan yang diperbuat daripada 100 peratus ayam empuk itu bukan saja mudah untuk dinikmati malah sesuai dipadankan sebagai menu sampingan bagi melengkapi hidangan KFC yang lain.

Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan berkata, pihaknya teruja untuk membawakan kembali hidangan ikonik itu kerana ramai pelanggan menantikan kemunculan semula hidangan terbabit.

“Penggemar kombo Family Feast juga boleh menikmati hidangan ini sebagai pembelian tambahan hanya dengan RM6,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Nikmati KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken secara ala carte dari hanya RM8.90 dan ia juga terdapat dalam hidangan kombo bersama Crispier Fries dan Pepsi Black serta hidangan Box yang didatangkan bersama tambahan seketul ayam.

KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula 2 April 2019, sementara stok masih ada.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 5:02 PM