AHLI PLUSMiles boleh menikmati hidangan terpilih KFC dan Pizza Hut menggunakan mata PLUSMiles.
AHLI PLUSMiles boleh menikmati hidangan terpilih KFC dan Pizza Hut menggunakan mata PLUSMiles.
Nabil Basaruddin


SEMPENA sambutan kemerdekaan, QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan promosi eksklusif PLUSMiles di 940 restoran KFC dan Pizza Hut seluruh Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, ahli PLUSMiles boleh menikmati ganjaran berbentuk hidangan
di restoran KFC dan Pizza Hut dengan menebus mata PLUSMiles terkumpul menerusi aplikasi mudah alih PLUS.

“Kerjasama ini sebahagian strategi syarikat untuk memberi nilai dan promosi kepada pelanggannya,” katanya.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, PLUSMiles adalah program kesetiaan pelanggan yang direka untuk memberi ganjaran kepada pengguna menerusi keistimewaan, diskaun dan penebusan yang menarik daripada pelbagai rakan kongsi PLUSMiles.

“Menerusi aplikasi mudah alih PLUS, kami menyediakan kemudahan dan pengalaman lancar bagi membolehkan mereka menebus hidangan kegemaran mereka,” katanya. daripada dua jenama restoran terkenal di Malaysia, KFC dan Pizza Hut,” katanya.

Ahli PLUSMiles boleh menikmati hidangan terpilih KFC menggunakan mata PLUSMiles bermula 29 Ogos sehingga 14 Oktober 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 7:25 AM