JURUCAKAP WHR Scha Alyahya memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan.
JURUCAKAP WHR Scha Alyahya memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan.
KAKITANGAN KFC & Pizza Hut bersama PERTIWI gembira kerana dapat mengedarkan ayam goreng dan piza kepada gelandangan.
KAKITANGAN KFC & Pizza Hut bersama PERTIWI gembira kerana dapat mengedarkan ayam goreng dan piza kepada gelandangan.
SCHA Alyahya memberikan makanan kepada gelandangan sambil diperhatikan Ahmad Taufek.
SCHA Alyahya memberikan makanan kepada gelandangan sambil diperhatikan Ahmad Taufek.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat KFC, Pizza Hut dan World Hunger Relief (WHR) 2015, baru-baru ini bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), PERTIWI Soup Kitchen dengan mengedarkan makanan lazat daripada KFC dan Pizza Hut kepada golongan gelandangan dan kurang berkemampuan.

Sukarelawan bersama kakitangan KFC dan Pizza Hut serta jurucakap WHR yang baru dilantik, pelakon dan pengacara Scha Alyahya, turut hadir mengedarkan makanan dan minuman bermula dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam membabitkan 700 individu kurang bernasib baik.

Menurut seorang sukarelawan, ia hari istimewa apabila mereka dikejutkan dengan hidangan ayam goreng KFC dan piza lazat sebagai tambahan kepada nasi bungkus dan minuman yang disediakan pada malam itu.

“Mereka teruja kerana tiada siapa pun di antara mereka menyangka diberikan ayam goreng dan piza sehinggalah mereka ternampak kotak makanan KFC dan Pizza Hut. Kebanyakan mereka sudah bertahun-tahun tidak menjamah ayam goreng KFC dan ada juga yang tidak pernah mencubanya langsung sebelum ini,” katanya.

Perkara yang amat menyentuh perasaan sukarelawan adalah kemesraan yang terjalin antara mereka dengan golongan gelandangan ini. Walaupun hidup serba kekurangan, mereka kelihatan tenang, ramah dan mudah didekati.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia Ahmad Taufek Omar, ada banyak badan amal yang menjalankan program kebajikan bagi membantu golongan gelandangan contohnya PERTIWI Soup Kitchen.

PERTIWI Soup Kitchen ditubuhkan sejak 48 tahun lalu. Badan ini komited menghulurkan bantuan bagi meringankan beban gelandangan dan golongan miskin tegar melalui Soup Kitchen yang beroperasi di ibu kota sejak lima tahun lalu.

Soup Kitchen memberikan bantuan makanan kepada 500 hingga 700 individu dan beroperasi di kawasan Chow Kit, Kota Raya, Masjid India dan Masjid Negara. Makanan yang diedarkan terdiri daripada nasi, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan, berserta minuman.

“Lazimnya kami menyediakan makanan asas kepada mereka yang kelaparan, mengikut sukatan pemakanan yang sesuai, tetapi sekali-sekala seronok juga melihat mereka teruja dengan penambahan hidangan seperti hari ini. Kami amat berterima kasih kepada KFC dan Pizza Hut melalui program WHR mereka yang berjaya membantu ramai orang,” kata Pengerusi PERTIWI Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid.

Di samping itu, menerusi dana WHR, sejumlah RM100,000 didermakan kepada PERTIWI sebelum ini dan terus digunakan untuk menyediakan makanan secukupnya bagi mereka yang memerlukan.

Kempen World Hunger Relief (WHR) adalah inisiatif tahunan KFC dan Pizza Hut Malaysia bagi membantu membasmi isu kebuluran di dunia yang dilancarkan pada 17 Jun 2015 dengan pelbagai aktiviti bagi mengumpul dana.

Sama seperti tahun sebelumnya, kempen WHR akan mengumpul dana melalui pembelian set hidangan World Hunger Meal di rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut. Setiap set hidangan yang dijual di bawah promosi ini dikenakan caj tambahan RM0.50 yang disalurkan kepada tabung WHR.

Kempen selama tiga bulan ini bermula pada Jun lalu turut menyediakan tabung derma yang diletakkan di setiap restoran KFC dan Pizza Hut. Kempen ini juga memperluaskan usahanya menambah saluran menderma secara atas talian. Portal derma itu boleh dilayari di laman Facebook World Hunger Relief www.facebook.com/WHRMalaysia.

Dana terkumpul disalurkan untuk membantu mereka yang kelaparan dan kurang bernasib baik. Selain PERTIWI Soup Kitchen, Program Pengagihan Dana WHR juga bekerjasama dengan beberapa NGO lain termasuk HOPE Worldwide Kuala Lumpur, KECHARA Soup Kitchen, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 8:50 AM