KEENAKAN Ayam Kicap Meletup KFC.
KEENAKAN Ayam Kicap Meletup KFC.

KFC Ayam Kicap Meletup menampilkan ayam KFC kegemaran ramai yang digoreng rangup, digabung bersama kicap shoyu, rumpai laut, emping cili, bijan dan rempah-ratus istimewa. Gabungan ini seterusnya menghasilkan kelazatan berasaskan rasa manis, pedas dan berempah dalam setiap gigitan.

Menurut Naib Presiden Kanan KFC Malaysia Ling Mee Jiuan, Ayam Kicap Meletup pernah dilancarkan pada Jun tahun lalu dan ia ditawarkan lagi atas permintaan ramai.

“Gabungan ideal ayam goreng KFC dengan sentuhan kegemaran tempatan, kicap dan cili menjadikan produk ini disukai ramai. Kami yakin pelanggan gembira kerana sekali lagi berpeluang menikmati ayam ini serta berkongsi keenakannya yang luar biasa bersama keluarga dan rakan pada musim perayaan ini,” katanya.

Dengan slogan Tahun Baru Cina Pasti Lebih Meletup Bila Diraikan Bersama kemunculan semula produk lazat ini melambangkan kebersamaan rakyat Malaysia yang turut berkongsi perayaan di samping menikmati kehebatan rasa ayam ini. Ia semestinya gabungan cita rasa muhibah untuk dikongsi bersama.

Selari dengan perayaan Tahun Baru Cina, KFC turut menampilkan hidangan sampingan enak istimewa iaitu nasi rumpai laut bagi menyerlahkan hidangan Ayam Kicap Meletup. Pada harga hanya RM11.95* pelanggan boleh menikmati hidangan kombo terdiri daripada dua ketul Ayam Kicap Meletup, nasi rumpai laut atau kentang goreng crispier fries, coleslaw, serta minuman menyegarkan iaitu 7Up Lemon Mint.

KFC juga menawarkan Ayam Kicap Meletup dalam bentuk Value Bucket untuk hidangan yang lebih besar pada harga berpatutan. Sesuai untuk dikongsi bersama ketika perayaan, KFC Ayam Kicap Meletup boleh didapati dalam baket sembilan ketul terdiri daripada sembilan ketul ayam, kentang putar bersaiz besar, satu kentang goreng crispier fries bersaiz besar bersama-sama sebotol Mirinda Orange 1.5 liter pada harga RM46.90**. Terdapat juga pilihan baket lima ketul pada harga RM27.90**.

*Kombo 2-ketul Ayam Kicap Meletup berharga RM11.95 bermula 12 tengah hari hingga 3 petang dan 6 petang hingga 9malam.

**Semua harga jualan dan kombo mungkin berbeza mengikut lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 5:01 AM