RUMAH yang musnah dalam kebakaran. FOTO Muhamaad Razis Ismail

Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Kedai Buloh tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Mohd Saifuddin Hassan, 36, ditemui terperangkap di dalam bilik air.

Ibunya, Rokiah Ali, 64, melecur belakang badan berjaya diselamatkan orang kampung sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang maut terperangkap selepas cuba memadamkan api daripada merebak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.40 pagi.

Katanya, 13 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik sampai api sudah marak.

"Kita menghadapi kesukaran untuk masuk ke kawasan rumah berkenaan kerana jalan yang sempit dan bomba terpaksa membentangkan lima gulung hos dengan dua aliran air.

"Api dapat dikawal dalam masa 10 minit. Hasil pemeriksaan mendapati seorang mangsa terperangkap di dalam bilik dan seorang lagi cedera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 10:14 AM