Kebakaran yang memusnahkan 23 daripada 31 gerai menjual ayam di Pasar Awam Kluang, petang tadi. FOTO Adnan Ibrahim
Kebakaran yang memusnahkan 23 daripada 31 gerai menjual ayam di Pasar Awam Kluang, petang tadi. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim


Kluang: Sebanyak 23 daripada 31 gerai menjual ayam di Pasar Awam Kluang di Jalan Pasar dekat sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Kejadian pada 6.51 petang itu mengakibatkan bangunan yang dibina dari struktur kayu sepenuhnya sejak lebih enam dekad itu gagal diselamatkan berikutan bahan binaan sudah lama dan kering memudahkan api merebak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, pihaknya menerima panggillan pada 6.51 petang dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

"Seramai 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang dan Ayer Hitam diitugaskan untuk mengawal kebaran itu dengan membabitkan penggunaan empat buah jentera termasuk sebuah jentera tangki membawa air.

"Api berjaya dikawal pada 7.20 malam sebelum dapat dipadamkan sepenuhnya pada 8.30 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 9:40 PM