1. BAHAN iaitu span, bunga kekwa, eustoma, mawar, orkid dan daisy, gunting, kertas aluminium dan dulang hantaran.
1. BAHAN iaitu span, bunga kekwa, eustoma, mawar, orkid dan daisy, gunting, kertas aluminium dan dulang hantaran.
2. POTONG span yang sudah direndam pada ukuran segitiga   kemudian balut dengan kertas aluminium.
2. POTONG span yang sudah direndam pada ukuran segitiga kemudian balut dengan kertas aluminium.
3. SEDIAKAN dulang hantaran, letakkan span di sudut atas dulang. Kemudian letakkan bekas cincin di tepi span.
3. SEDIAKAN dulang hantaran, letakkan span di sudut atas dulang. Kemudian letakkan bekas cincin di tepi span.
4. POTONG mawar tanpa daunnya.
4. POTONG mawar tanpa daunnya.
5. CUCUK mawar pada span kemudian susun mengikut    kreativiti.
5. CUCUK mawar pada span kemudian susun mengikut kreativiti.
6. LETAK orkid di celah-celah mawar.
6. LETAK orkid di celah-celah mawar.
7. AMBIL kekwa kemudian hias pada setiap bahagian yang masih kosong.
7. AMBIL kekwa kemudian hias pada setiap bahagian yang masih kosong.
8. TAMBAH bunga eustoma ungu sebagai penyeri.
8. TAMBAH bunga eustoma ungu sebagai penyeri.
9. CAMPURKAN dengan teluki putih.
9. CAMPURKAN dengan teluki putih.
10. INDAH hantaran menggunakan   bunga segar untuk pengantin
10. INDAH hantaran menggunakan bunga segar untuk pengantin
Siti Zarinah Sahib

Menghasilkan gubahan hantaran bukanlah sesuatu yang sukar. Apatah lagi apabila keindahannya diwarnai dengan kuntuman bunga segar yang pasti menambah gaya mewah untuk hantaran cincin yang bakal diberikan kepada mempelai.

Bunga segar selain tampil berseri dan hidup, warnanya meninggalkan seri yang memberikan makna berbeza kepada si penerima.

Menurut Zaifie Zainal daripada Zaifie Zainal Creation, pemilihan bunga sangat penting bagi memastikan hantaran dihasilkan tidak ‘rosak’ disebabkan pemilihan bunga yang kurang sepadan dan gabungan rona bunga yang terlalu meriah.

“Gubahan hantaran menggunakan bunga segar, tidak perlu terlalu berlebih-lebihan. Ini kerana bunga itu sendiri sudah menimbulkan aura kepada gubahan yang akan dihasilkan. Sebaik-baiknya, elakkan mencampurkan lebih daripada tiga warna.

“Pilih warna pastel seperti putih, krim atau merah jambu lembut kerana ia akan memberikan kelembutan tersendiri yang membangkitkan keseriannya.

“Menyusun bunga pula ada caranya. Pastikan bunga yang agak besar diletakkan di bahagian belakang manakala kecil di depan. Jangan terlalu rmerimbun dengan dedaun, bagi mawar ambil bunganya saja. Buang duri pada tangkai bagi mengelak tertusuk duri,” katanya.

Jelas Zaifie, bunga segar dan tiruan akan mempamerkan keindahan berbeza namun ia bergantung kepada jenis bunga dan warna pilihan. Jika tidak begitu mahir, mungkin anda boleh menyerahkan semua tugasan menggubah hantaran kepada perunding majlis perkahwinan dengan memberikan tema majlis perkahwinan saja. Tentu ia lebih mudah dan hasilnya menggembirakan anda dan pasangan.

Terima kasih @zaifiezainalcreationkl (Instagram)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 11:15 AM