BAHAN-bahan.
BAHAN-bahan.
1. CUCUK lidi pada bebola coklat.
1. CUCUK lidi pada bebola coklat.
2. BALUT bahagian bebola coklat dengan plastik pembalut  lutsinar.
2. BALUT bahagian bebola coklat dengan plastik pembalut lutsinar.
3. BALUT sebahagian lidi dan bebola coklat dengan kertas tisu untuk dijadikan kelopak.
3. BALUT sebahagian lidi dan bebola coklat dengan kertas tisu untuk dijadikan kelopak.
4. CUCUK bebola coklat yang sudah siap dikelopakkan pada span basah yang diletak dalam pasu mengikut jarak dan penjuru yang sama.
4. CUCUK bebola coklat yang sudah siap dikelopakkan pada span basah yang diletak dalam pasu mengikut jarak dan penjuru yang sama.
5.  CUCUK pula bunga teluki di antara bebola coklat.
5. CUCUK pula bunga teluki di antara bebola coklat.
6. PENUHKAN ruang antara bunga dan coklat dengan daun teh diikuti bunga statice serta kemaskan gubahan.
6. PENUHKAN ruang antara bunga dan coklat dengan daun teh diikuti bunga statice serta kemaskan gubahan.
7. GUBAHAN bunga siap untuk dihadiahkan atau dihias.
7. GUBAHAN bunga siap untuk dihadiahkan atau dihias.
8. GUBAHAN bunga siap
8. GUBAHAN bunga siap
Oleh Rosyahaida Abdullah


Memilih bunga sebagai hadiah sama ada ketika sambutan hari kelahiran, ulang­ tahun perkahwinan dan tamat pengajian yang dirai menerusi konvokesyen bukan perkara asing dalam kalangan masyarakat kita.

Malah, bunga juga antara pilihan untuk diberikan ketika menziarahi orang sakit, menjadikan gubahan bunga itu mudah diperoleh.

Pelbagai jenis gubahan tersedia yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing berdasarkan pilihan warna, bunga, pasu serta tambahan ‘aksesori’ seperti coklat untuk dihadiahkan buat insan tersayang sempena hari penting mereka.

Namun, disebabkan harga sejambak bunga yang agak mahal sehingga mencecah ratusan ringgit apatah lagi jika menggunakan bunga segar, ramai antara kita akhirnya melupakan saja hasrat itu.

Bagaimanapun, ramai juga antara kita yang tidak sedar sebenarnya menggubah bunga tidak sesukar disangka, malah ia boleh disiapkan dalam masa singkat jika semua bahan dan barang yang diperlukan sudah tersedia.

Penggubah bunga, Zailatul Alina Zulkapli, 30, mengakui kepentingan pengalaman dan kepakaran dalam gubahan tetapi untuk tujuan hadiah, hasil tangan sendiri pastinya memberikan sentuhan dan kepuasan berbeza.

Oleh itu, pemilik kedai bunga Petals2u ini berkongsi kaedah gubahan bunga dalam pasu yang hanya bermodalkan RM50 sedangkan jambangan sama boleh melebihi RM100 di kebanyakan kedai bunga.

Menggunakan bahan utama seperti lima kuntum bunga teluki dan sembilan bebola coklat, gubahan ini hanya memakan masa 10 hingga 20 minit untuk disiapkan bergantung kepada tahap kepantasan seseorang itu menggubah.

Selain hadiah, ia juga sesuai buat mereka yang mungkin mahu menghias ruang tamu rumah mahupun sebagai penyeri meja makan ketika majlis keramaian.

“Tiada yang tidak betul dalam seni gubahan. Kadangkala kita tidak mahu mencuba kerana tidak yakin atau berpuas hati dengan hasil sendiri sedangkan hakikatnya di mata orang lain, ia luar biasa.

“Gubahan bunga ini mudah saja sebenarnya. Jika kita nampak lompong, tambahkan ‘pengisi’ atau daun dan jarakkan jika terlalu padat namun jangan terlalu longgar.

“Dari segi pemilihan warna, ia bergantung kepada cita rasa kita. Jika sukakan warna yang ‘manis’, banyakkan penggunaan warna lembut seperti merah jambu dan ungu namun jika dilihat trend masa kini, pemilihan lebih banyak terarah kepada merah ros dan hitam,” katanya.

BAHAN-BAHAN

-Bunga teluki, bebola coklat, bunga statice, daun teh, lidi, pasu, span basah, kertas tisu pembalut, plastik pembalut lutsinar, pita pelekat dan gunting

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 9:06 AM