DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan menerima kunjungan Menteri Belia Dan Sukan,  Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru. FOTO ihsan Southern Tigers

Saiful Affendy Sapran

Putrajaya: Sebanyak 279 muka surat perlu diteliti oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Janaluddin Abu Bakar berkenaan isi kandungan dalam 'pendrive' yang diserahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepadanya.

Pendrive itu yang didakwa mengandungi maklumat salah urus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), diserahkan Tunku Ismail kepada Khairy Jumaat lalu.

"Saya tidak boleh menghabiskan 279 muka surat dalam tempoh yang singkat.

"Beri saya masa dan kemudian saya akan maklumkan kepada anda apa langkah seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Hari Sukan Negara (HSN) 21KMdikementeriannya, sebentar tadi.

Jumaat lalu, Tunku Ismail menerusi laman facebook rasmi Johor Southern Tigers, sudah menyerahkan pendrive itu kepada Khairy kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 2:36 PM