Sebahagian kenderaan menggunakan laluan kecemasan yang disaman.
Sebahagian kenderaan menggunakan laluan kecemasan yang disaman.
Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: Polis mengeluarkan 63 saman terhadap pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan memandu di lorong kecemasan dalam Op Lorong Kecemasan di Jalan Pintasan Dengkil hari ini.

Jurucakap polis berkata, operasi berkenaan bermula 4 petang hingga 7 malam iaitu ketika waktu kemuncak di laluan simpang empat Kampung Semarang, Dengkil.

"Operasi dilakukan dengan kekuatan tiga pegawai dan lapan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang diketuai oleh Ketua Trafik Asisten Superintendan Amir Che Ya.

"Antara alasan diterima ialah, terpaksa menggunakan lorong kecemasan kerana mahu cepat tiba ke destinasi," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tindakan mereka menggunakan lorong kecemasan menyusahkan pengguna lain, malah polis sering menerima aduan daripada orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 12:04 AM