EMILI menunjukkan hidangan Tempala Sandwich (kanan) dan Eggs Florentine Sandwich di restoran Quartet Supply di Level Concourse Nu Sentral.
EMILI menunjukkan hidangan Tempala Sandwich (kanan) dan Eggs Florentine Sandwich di restoran Quartet Supply di Level Concourse Nu Sentral.

Pelakon drama bersiri Akadku Yang Terakhir, Emelie Hanif berkata, meskipun lidahnya menggemari sarapan kampung seperti nasi lemak, sesekali dia akan beralih angin memilih sarapan seperti sandwic serta minuman coklat panas.

Dia yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri itu berkata, sandwic yang dihidangkan di Quartet enak serta dilimpahi sayuran segar.

“Apa yang dimakan di sini amat berbaloi dengan apa yang dibayar oleh pelanggan. Boleh dikatakan mereka tidak kedekut dengan kauntiti dan sangat mementingkan kualiti produk.

“Selain sandwic, saya juga sukakan pencuci mulut iaitu kek Puan Sri yang sangat sedap. Ia tidak terlalu manis dan cukup rasa,” katanya yang juga mengusahakan perniagaan minuman bersama keluarga di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perak Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 5:03 AM