AZMAN (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Mohd Rodzi (kiri) dan Shafie. FOTO Rosela Ismail
AZMAN (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Mohd Rodzi (kiri) dan Shafie. FOTO Rosela Ismail
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Senior Asisten Komisoner Shafie Ismail dilantik Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) menggantikan Datuk Mohd Rodzi Ismail yang bersara wajib, hari ini.

Majlis serah tugas itu disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PGA, Datuk Azman Yusof di Kem Briged Tengah PGA di Cheras, hari ini.

Mohd Rodzi, 60, sudah berkhidmat selama 39 tahun dan pernah bertugas sebagai komander platun sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai Komander Briged Tengah PGA.

Pengganti beliau, Shafie yang berusia 56 tahun berkhidmat sebagai Ketua Polis Perlis sebelum dilantik memegang jawatan berkenaan.

Shafie anak kelahiran Besut, Terengganu adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Antropologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2016 @ 5:09 PM