Hishammuddin melihat logo sempena Majlis Pelancaran Lima 2017 di Auditorium MINDEF. Turut hadir Timbalannya, Datuk Mohd Johari Baharom (tiga kiri), Pengerusi ENP Projects, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor (kanan), KSU Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Rahim Mohamad Radzi (dua kiri) serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zain (kiri). FOTO Yazit Razali

Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 atau LIMA'17 dijangka menarik sekurang-kurangnya 550 syarikat pempamer dari 38 negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya meletak harapan besar pada LIMA'17 yang akan dikendali penganjur rasminya, EN Projects (M) Sdn Bhd.

"Kita harap dapat mempamerkan sekurang-kurangnya 80 pesawat dan 68 kapal perang serta bot pada LIMA'17 akan datang.

"Dalam pada itu, kita juga menjangkakan pertambahan pengunjung mencecah 40,000 orang, selain kehadiran 380 delegasi luar negara," katanya.

Acara berprestij itu dijadualkan berlangsung lima hari dari 21 hingga 25 Mac tahun depan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 5:17 PM