TUJUH  lelaki yang ditahan bersama-sama telefon bimbit yang mereka cuba seludup.
TUJUH lelaki yang ditahan bersama-sama telefon bimbit yang mereka cuba seludup.
Agensi

Shenzhen: Polis menahan sekumpulan tujuh penyeludup bersama 580 telefon bimbit yang diikat pada badan mereka.

Menurut laporan CCTV News, telefon bimbit itu ialah dari jenama iPhone atau Samsung Galaxy S7 Edge dan dianggarkan bernilai lebih 1.3 juta yuan (RM812,200).

Pegawai kastam di pusat pemeriksaan Shenzhen Huanggang menyedari seorang lelaki berjalan dalam keadaan mencurigakan ketika melalui pemeriksaan keselamatan.

Apabila pengesan logam berbunyi, dia diperiksa dan pihak berkuasa menemui 35 telefon bimbit pada kaki dan tali pinggangnya.

Rakannya jelas tidak menyedari apa yang berlaku kerana dalam tempoh lima minit selepas dia ditahan, enam lagi rakannya ditahan.

Ketujuh-tujuh mereka dilaporkan mempunyai rekod menyeludup.

Perbuatan menyeludup iPhone dan barangan elektronik bernilai tinggi dari Hong Kong ke tanah besar China, bertujuan untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

Mei tahun lalu, seorang lelaki cuba menyeludup 18 telefon bimbit dengan menyembunyikannya di tempat khas yang dibina pada basikalnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 7:48 AM