Ahmad Zahid beramah mesra dengan penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bendang Panjang, Taman Sri Mas, Kuala Kangsar, malam ini. - Foto DANIAL SAAD
Ahmad Zahid beramah mesra dengan penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bendang Panjang, Taman Sri Mas, Kuala Kangsar, malam ini. - Foto DANIAL SAAD
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Kangsar: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan peruntukan menaik taraf Masjid Sultan Abdul Jalil Bendang Panjang dekat sini, sebentar tadi.

Peruntukan itu merangkumi kerja menukar karpet, memasang pendingin hawa dan mengecat masjid.

Ia diumumkan Ahmad Zahid selepas menyertai penduduk bersembahyang tarawih yang turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Mohammad Kamil Shafie.

Turut serta anak calon BN Wan Emir Astar dan Wan Imar Izzat.

Sebelum solat, pengerusi masjid Mohamed Omar Mazar Ali mengumumkan permohonan di masjid berkenaan sudah diluluskan.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan terhadap anak yatim selepas selesai solat tarawih.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 11:28 PM