Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menanam pokok bunga tanjung tanda simbolik perasmian masjid ketika berangkat tiba pada Majlis Perasmian Masjid dan Berbuka Puasa Sultan Perak di Masjid Bandar Universiti Seri Iskandar. FOTO L.MANIMARAN

Muhamad Lokman Khairi

Seri Iskandar: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis perasmian Masjid Bandar Universiti dekat sini, hari ini.

Ketibaan baginda kira-kira jam 7 malam disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Wan Zahidi Wan Teh.

Sejurus tiba Baginda berkenan menanam pokok bunga tanjung atau mimusops elengi dan seterusnya membuka tirai plak sebagai simbolik perasmian masjid berkenaan.

Sultan Nazrin kemudian berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 500 jemaah dan menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum berangkat ke majlis santapan, diikuti solat isyak serta solat tarawih.

Masjid yang siap dibina pada 24 Julai itu boleh menampung sehingga 1,200 jemaah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2024 @ 10:47 PM