BEBERAPA penduduk dilihat sedang bersembahyang di atas jejantas di Pasar Gembrong di Jakarta Timur.
BEBERAPA penduduk dilihat sedang bersembahyang di atas jejantas di Pasar Gembrong di Jakarta Timur.
Agensi

Jakarta: Setiap kali tiba Ramadan sebuah jejantas di kawasan Pasar Gembrong di Jakarta Timur dijadikan tempat orang ramai untuk mengerjakan solat sunat tarawih.

Keadaan ini berlaku kerana Masjid Miftahul Jannah yang terletak berhampiran jejantas ini sering penuh dengan jemaah.

Situasi itu menyebabkan penduduk menggunakan bahagian luar masjid termasuk bahu jalan dan jejantas ini sebagai tempat untuk solat.

Seorang penduduk berkata, keadaan itu adalah pemandangan biasa setiap kali tiba Ramadan apabila ribuan penduduk memenuhi masjid untuk beribadat.

“Setiap tahun beginilah keadaannya setiap kali solat tarawih.

“Pembesar suara dari masjid membolehkan suara imam kedengaran sehingga ke jejantas ini,” katanya.

Ujarnya, jemaah turut meninggalkan satu ruang di atas jejantas bagi memudahkan orang ramai melintas jalan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 8:54 AM