Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri)  mengacau bubur lambuk di Masjid Al Hashimiah, Kampung Talang, hari ini. - Foto KHAIRULL AZRY BIDIN
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) mengacau bubur lambuk di Masjid Al Hashimiah, Kampung Talang, hari ini. - Foto KHAIRULL AZRY BIDIN
Mohd Hafizee Mohd Arop


Kuala Kangsar: Masyarakat Islam di negara ini digesa mencontohi dan menyemai budaya masyarakat Ansar di Madinah yang sentiasa mengimarahkan masjid dan berbuat baik kepada musafir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar seharusnya menjadi titik tolak kepada penyemaian budaya itu sehingga dapat diamalkan di luar Ramadan.

"Tiga perkara yang perlu dicontohi ialah terima orang musafir berbuka di masjid kita, menjamu orang berbuka dan mengimarahkan masjid.

"Semoga, PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar banyak tertumpu di masjid dengan diadakan majlis berbuka puasa, solat berjemaah di masjid dan ini perlu dijadikan budaya walaupun tidak lagi di bulan Ramadan," katanya berucap pada Majlis Penerapan Nilai -Nilai Murni Ramadan di Masjid Al-Hashimiah, Kampung Talang, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir;Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzalah, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohammad Kamil Shafie; ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan tiga anak Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar izzat dan Wan Mohammad Ammar.

Terdahulu, Zahid meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat Pusat Media PRK Kuala Kangsar di Hotel Ezy Inn dan beramah mesra bersama petugas media.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 9:52 PM