Chong wei ketika bertemu Ihsan Maulana. FOTO Reuters
Chong wei ketika bertemu Ihsan Maulana. FOTO Reuters
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka Indonesia apabila mengalahkan wakil tuan rumah, Ihsan Maulana Mustofa sebentar tadi.

Chong Wei yang turun selaku pilihan kedua tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-9, 21-18 di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta.

Menanti Chong Wei di perlawanan akhir ialah pemenang antara Tian Houwei (China) dan Jan O Jorgensen (Denmark).

Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Rio 2016 itu dalam usaha untuk memburu kejuaraan kali keenam Terbuka Indonesia dan merampas semula kedudukan pemain nombor satu dunia.

Sementara itu, beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei gagal ka akhir apabila kalah 15-21, 9-21 kepada pasangan China, Tang Yuanting-Yu Yang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 8:51 PM