PEUGEOT 508 baru.
PEUGEOT 508 baru.
LAMPU tiga cakaran singa.
LAMPU tiga cakaran singa.
LAMPU utama mempunyai tandatangan Peugeot dengan teknologi LED.
LAMPU utama mempunyai tandatangan Peugeot dengan teknologi LED.
ENJIN yang bertenaga.
ENJIN yang bertenaga.
PELINDUNG untuk penumpang belakang.
PELINDUNG untuk penumpang belakang.
STERENG padat dengan butang.
STERENG padat dengan butang.
RUANG kabin tampak mewah.
RUANG kabin tampak mewah.
Oleh Erywan Norshal


Peugeot 508 adalah kereta segmen D yang menarik selain tidak pernah menghampakan penulis ketika memandu ujinya baru-baru ini.

Ia merangkumi beberapa faktor yang boleh dikongsikan bersama membabitkan prestasi enjin, keluasan kabin dan reka bentuknya.

Apa yang menarik sebenarnya bagi model Peugeot 508 THP yang menggunakan enjin 1.6 liter THP itu?

Mungkin enjin 1.6 liter dianggap kecil kapasitinya, namun ia cukup bertenaga jika mahu dibandingkan dengan enjin bersesaran 2.0 liter lain.

Ini kerana ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 163 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork mencecah 240 Nm antara 1,400 sehingga 4,250 rpm.

Malah penulis pernah mengujinya pada sesi pandu uji bersama media lain di lebuh raya dan ternyata kuasa dibekalkan amat luar biasa.

Ini boleh dibuktikan ketika penulis cuba mengejar rakan media yang lain di lebuh raya dalam kelajuan melebihi 180 kilometer sejam (km/j).

Namun kelibat mereka semakin ‘kecil’ dan membuktikan pemanduan penulis adalah perlahan sedikit berbanding rakan media yang lain.

Dalam kelajuan itu juga, ada rakan penulis yang masih boleh terlelap seolah-olah tiada apa yang berlaku dan ternyata ruang kabin, kedapan bunyi dan suspensi berada dalam tahap maksimum bagi menawarkan keselesaan.

Malah, gandingan kotak gear automatik enam kelajuan dengan Tiptronic yang dibangunkan bersama AW Aisin memberikan tahap kecekapan penggunaan bahan api, selain memberi keseronokan pemanduan.

Jika mahukan pengendalian lebih agresif, pilih sahaja mod Sport dan kawal gear dengan menggunakan pedal untuk menukarnya sekali gus untuk memotong kenderaan lain.

Kuasa dibekalkan cukup agresif bagi sebuah kereta segmen D dan diuji ketika pemanduan jalan persekutuan apabila penulis terpaksa memotong kenderaan berat pada jarak yang pendek.

Enjin kecil ini cukup bertenaga untuk membawa bebannya bagi mengikut kemahuan penulis ketika mahu memotong kenderaan lain.

Namun, bentuknya sedikit besar memberi kesukaran melalui jalan kampung yang sempit dengan banyak selekoh tajam dan berbahaya.

Justeru, kawalan stereng berkuasa hidrauliknya terpaksa bekerja keras dan banyak membantu supaya ia kekal stabil ketika berdepan selekoh tajam.

Memandangkan memandu di jalan kampung, sudah tentu ada jalan berlubang dan tidak rata, sekali lagi jentera diuji sistem suspensinya.

Bagi penulis, ujian itu terlalu ‘simple’ bagi model premium Peugeot kerana sistem penyerap hentaknya mampu mengawal keadaan laluan tidak rata atau berlubang sekali gus memberi keselesaan.

Ruang kabinnya kaya sentuhan teknologi terkini menggunakan material berkualiti yang mana bahagian tengah papan pemukanya mempunyai paparan sesentuh bersaiz tujuh inci berfungsi sebagai alat kawalan termasuk bagi audio.

Ia turut berfungsi sebagai paparan navigasi, sambungan telefon, konfigurasi kenderaan, multimedia, kamera undur, bantuan pemanduan dan sambungan digital termasuk Bluetooth serta USB.

Sistem audionya padanan 10 pembesar suara produk premium jenama JLB dengan subwoofer, pemproses bunyi Arkarmys 3D memberi bunyi yang mengagumkan.

Selain itu, ia hadir dengan kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, lampu dan bilah pengilap cermin automatik, tempat duduk balutan kulit ‘upholstery’ yang boleh dilaras secara elektronik, bantuan parkir hadapan serta belakang.

Kehadiran model itu turut ‘meluahkan’ hala tuju terbaru pengeluar automotif dari Perancis untuk menawarkan kenderaan terbaik bersesuaian ‘trend’ terkini.

Apa yang boleh dilihat menerusi reka bentuk luaran lebih tersusun dengan jeriji baru berorientasikan menegak serta memaparkan logo singa di tengahnya.

Ia diserlahkan lampu hadapan yang mempunyai tandatangan Peugeot dengan teknologi LED dan digabungkan dalam lampu siang LED.

Sementara itu, bampar belakang direka semula supaya kelihatan lebih besar dan memberi gaya yang menarik.

Malah, penampilannya diperkuatkan lampu belakang rekaan tiga cakaran singa dengan tampak lebih tegap selepas dipadankan rim aloi 18 inci.

INFO

PEUGEOT 508 THP

- ENJIN: 1.6 liter THP pengecas turbo dengan Suntikan Terus Bahan Api empat-silinder sebaris DOHC VVT

- KUASA MAKSIMUM: 163 hp pada 6,000 rpm

- TORK MAKSIMUM: 240 Nm antara 1,400 sehingga 4,250 rpm

- TRANSMISI: Automatik adaptif enam kelajuan dengan Tiptronic

- CIRI KESELAMATAN: Enam beg udara, enam pengesan belakang bagi memudahkan parkir, ESP atau kawalan cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Kestabilan Dinamik, Bantuan Brek Kecemasan, selain ABS dan EBD.

- HARGA: RM173,888. atas jalan termasuk insurans

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:01 AM